Isu Panas

Perebutan Jawatan Presiden Pas Mustahil

KUALA TERENGGANU – Pemimpin ulama menyifatkan pertandingan dalam pemilihan jawatan Presiden Pas adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pemilihan parti itu di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Dr Abu Bakar Abdullah yakin, pertandingan bagi merebut jawatan Presiden Pas tidak akan berlaku buat masa ini dan menganggap tiada keperluan mewujudkan pertandingan di peringkat itu.

Menurutnya, walaupun Pas mengamalkan dasar pemilihan secara terbuka, namun beliau yakin ahli-ahli tidak akan sampai ke tahap untuk mencabar presiden parti sedia ada, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya tidak fikir begitu (ada pertandingan di peringkat jawatan presiden). Saya yakin kekal presiden tidak bertanding,” katanya.

Tidak menafikan peranan Pas kawasan, Abu Bakar bagaimanapun menyerahkan keputusan itu kepada pihak terlibat.

Abu Bakar yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu berharap, Pas kawasan yang akan mengadakan mesyuarat agungnya boleh berfikir secara bijaksana dalam menamakan calon presiden, dengan menilai peranan Abdul Hadi yang menonjolkan ketokohan dan kewibawaan dalam mengepalai parti Pas sebagai sebuah gerakan Islam.

Sementara itu, mengulas mengenai komplot yang didakwa cuba menjatuhkan Abdul Hadi, beliau menjelaskan tidak tahu sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut.

Beliau berkata, sekiranya ia merujuk kepada ketidakpuasan hati segelintir pihak terhadap kepimpinan Abdul Hadi, ia adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana kepimpinan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");