Sukan Hari Ini

Piala Davis: Malaysia Benam Arab Saudi, Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Pasukan tenis kebangsaan negara berjaya menewaskan Arab Saudi pada hari ketiga kejohanan Piala Davis Kumpulan III Zon Asia/Oceania di Kompleks Tenis Nasional, Jalan Duta pada Jumaat.

Kemenangan pertama skuad bimbingan Deen Heshaam Tan Abdullah hadir menerusi acara perseorangan setelah Ariez Elyaas Deen Heshaam menundukkan Omar Ahmed 6-1, 6-2.

Pemain perseorangan kedua negara, Syed Mohd Agil Syed Naguib yang menduduki ranking ke-1597 dunia kemudian menghadiahkan kemenangan kedua apabila mudah mengatasi cabaran Fahad Al Saad, 6-1, 6-0.

Malaysia melengkapkan kemenangan bergaya apabila gandingan Muhammad Ashaari Zainal Abidin dan Mohd Assri Merzuki yang menewaskan gandingan Arab Saudi, Omar Al Thagib dan Faisal Alrebdi 6-1, 6-3.

Syed Mohd Agil berkata, dia berjaya memperbaiki beberapa kelemahan dalam perlawanan itu sekaligus berjaya mencatatkan kemenangan.

“Antara kelemahan saya ialah terburu-buru ketika menghadapi lawan, tetapi kali ini saya berjaya mengatasinya.

“Dengan kemenangan ini juga kami berjaya memperbaiki prestasi untuk menjadi lebih baik dalam menghadapi perlawanan seterusnya selepas ini,” ujarnya selepas perlawanan.

Cuaca panas yang sedang melanda turut menjadi cabaran sukar kepada pemain-pemain dari negara lain ketika cuba mencari kemenangan.

Dalam pada itu, Malaysia melengkapkan kemenangan dalam tiga perlawanan sekaligus menguasai kedudukan Kumpulan A, diikuti Hong Kong selaku naib juara, Arab Saudi dan kedudukan terakhir, Qatar.

Manakala Vietnam menjuarai Kumpulan B diikuti Turkmenistan di tempat kedua, Kemboja dan Syria berada di kedudukan paling tercorot.

Dua pasukan teratas akan mara ke pusingan separuh akhir  untuk merebut tempat ke final yang menyaksikan Malaysia akan bertemu naib juara Kump B, Turkmenistan manakala Vietnam selaku juara akan bertemu naib juara Kump A iaitu Hong Kong.

Dua pasukan yang menang dalam aksi tersebut, secara automatik akan layak melangkah ke aksi Piala Davis Kumpulan II Zon Asia/Oceania 2016.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");