Isu Panas

PKR siasat ahlinya sokong hudud

KUALA LUMPUR, 27 Mac:

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menyiasat beberapa ahlinya yang menyokong pelaksanaan hudud yang bertentangan dengan pendirian parti.

Naib Presidennya, Dr Xavier Jayakumar berkata, gambar beberapa ahli parti itu memegang sepanduk menyatakan sokongan kepada hudud, sudah tersebar.

“Ia tersebar baru-baru ini dan saya telah maklumkan kepada setiausaha agung parti berhubung perkara ini.

“Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik yang akan diadakan selepas ini,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap ahli parti terbabit, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas berkata, ia bergantung kepada keputusan siasatan.

“Isu berhubung hudud adalah sensitif bagi ahli PKR Melayu, kerana ia membabitkan agama Islam, di mana semua ahli parti perlu hormati.

“Bagaimanapun, ahli parti bukan Melayu perlu menurut kehendak parti,” katanya.

Dalam pada itu, Xavier turut mengulas laporan Bernama mengenai Anthony Dass yang berkata, bukan Muslim yang menentang hudud akan merosakkan perpaduan kaum dan sikap saling hormat-menghormati antara agama lain.

“Saya penganut Kristian yang menyokong pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, kerana ia ada banyak kelebihan,” kata Anthony yang dipetik laporan Bernama.

PKR berada di tengah kemelut berhubung isu pelaksanaan hudud yang melanda DAP dan PAS, di mana Rang Undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) diluluskan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, pada 19 Mac lalu.

-therakyatpost.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");