Laporan Eksklusif

PM rasmi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

BINTULU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi merasmikan Fasa Pertama Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, satu lagi inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha menyediakan rangkaian perhubungan yang sistematik dan cekap di negeri ini.

Membabitkan jarak sejauh 1,076 kilometer dan kos RM15 bilion, projek infrastruktur mega berkonsepkan kelestarian dan mesra alam itu adalah sebahagian daripada agenda transformasi rakyat, khusus dalam membawa kemajuan ke kawasan pedalaman dan luar bandar di Malaysia Timur.

Najib, dalam ucapan perasmiannya, berkata pembinaan lebuh raya empat lorong berkategori ‘R5’ yang dijangka siap menjelang 2023 diyakini mampu merangsang pembangunan setempat, sekali gus meningkatkan sosio-ekonomi rakyat, termasuk melalui kewujudan banyak bandar baharu di sepanjang lebuh raya.

“Ia bakal membawa satu ledakan perubahan yang cukup besar kepada Sarawak, bukan hanya dalam konteks pembangunan, bahkan juga sosio-ekonomi rakyatnya,” katanya.

Keyakinan itu juga bersandarkan keupayaan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang berjaya membawa banyak pembangunan dari Johor hingga ke Perlis sebelum ini.

Perasmian Fasa Pertama Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak oleh Perdana Menteri di Hentian Rawat & Rehat (R&R) Simpang Bakun, di sini, sekali gus mengakhiri penantian 50 tahun rakyat negeri ini, begitu juga Sabah untuk memiliki sistem jalan raya yang sempurna, sekali gus memudahkan kehidupan harian mereka.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");