Membawang Hari Ini

Putri Yasmin dituduh ‘pihak ketiga’

TIADA kebenaran dalam hal itu. Rasanya anda semua tahu perkara itu tidak benar!”

Demikian kenyataan Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, berhubung dakwaan dia merupakan orang ketiga dalam hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong.

Tegasnya lagi, dia tidak ada kena mengena dalam kontroversi yang tercetus antara dua pasangan popular itu, malah enggan memperbesarkan lagi isu tersebut.

“Tiada sebarang sidang akhbar khas untuk menjelaskan tentang perkara tersebut.

“Apa yang sepatutnya diperkatakan telah pun diperkatakan.

“Maafkan saya, saya tidak mahu komen lagi kerana perlu menghormati majlis,” katanya ringkas sebelum beredar dalam sebuah majlis hiburan yang berlangsung petang semalam.

Sejak hujung tahun lalu, drama cinta antara Zizan dan Emma sering menjadi sebutan ramai.

Paling mengejutkan apabila Emma, baru-baru ini, telah mengesahkan hubungannya dengan pelawak popular itu sudah lama berakhir.

Lebih berani, Emma turut mendedahkan punca perpisahan mereka disebabkan orang ketiga dan orang yang dimaksudkan itu merupakan pegawai di stesen televisyen berbayar, Astro.

Pendedahan Emma itu secara tidak langsung mengheret sama nama Putri Yasmin yang dikatakan sangat rapat dengan Zizan.

Bagaimanapun, sehingga kini, Zizan masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");