Sukan Hari Ini

Sasar bakti 5 tahun lagi

RATU skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol David menyasarkan lima tahun lagi untuk berkecimpung dalam sukan ini sebelum mengambil keputusan menggantung raket.

Menurutnya, segalanya bergantung kepada keadaan fizikal dan kecergasan diri bagi meneruskan aksi di peringkat antarabangsa.

“Saya akan terus bermain mungkin lima tahun ke depan. Kita harus mempercayai diri sendiri dan kekal berdisiplin,” katanya ketika dilantik sebagai Duta Skuasy Belia 1Malaysia di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan; Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How dan penuntut institut pengajian tinggi (IPT).

Menurut Nicol, 31, dia kini fokus untuk menghadapi dua kejohanan besar iaitu Kejuaraan Asia Individu ke-18 dan Kejohanan Skuasy Terbuka British, Mei depan.

Katanya, sepanjang tempoh rehat ini, dia akan memanfaatkan waktu luang menjalani latihan ringan sebagai persiapan mengekalkan momentum selepas kali terakhir beraksi di Terbuka Windy City, Amerika Syarikat 5 Mac lalu.

Sementara itu, Kamalanathan berbesar hati apabila Nicol sudi menjadi duta kepada golongan belia serta mendapat sokongan padu daripada pihak SRAM.

“Saya senang dengan sikapnya yang merendah diri walaupun bergelar pemain nombor satu di pentas dunia. Keikhlasan dan kesudian beramah mesra segenap lapisan masyarakat boleh dijadikan ikutan terbaik pelajar,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");