Perak Hari Ini

Shamsul, Puteri Kalimatul Azzua Johan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak

(Wartawan Pelatih: Firdaus Mat Radzi, Juru Gambar:Hamizan Khalaf)

IPOH: Qari dari Daerah Kerian, Shamsul Abu Hassan Ashaari dan qariah yang mewakili Daerah Kinta, Puteri Kalimatul Azzua Hamid masing-masing dinobatkan sebagai johan pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Perak 1436H.

Shamsul mengumpul markah sebanyak 84.7 peratus manakala Azzua pula berjaya merekodkan sebanyak 76.7 peratus markah, sekaligus melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM7,500, sijil, plak penghargaan, hadiah iringan dan pakej menunaikan haji.

Hadiah disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Pusat Konvensyen Aman Jaya, Casuarina@Meru, di sini, malam tadi.

Tempat kedua katogeri qari dirangkul oleh peserta dari Daerah Kinta, Kamarulzaman Daud yang mengutip markah sebanyak 84.7 peratus.

Meskipun mempunyai jumlah markah yang sama dengan juara, Kamarulzaman mempunyai kekurangan di bahagian tajwid.

Manakala, tempat kedua bagi kategori qariah pula disandang  oleh Munirah Razali yang mewakili Daerah Manjung.

Qari dari Daerah Larut Matang dan Selama, Ali Mohamad dan wakil dari Daerah Kerian,Norzan Ahmad masing-masing dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Naib juara membawa pulang wang tunai RM6,000, sijil, plak penghargaan dan hadiah iringan.

Tempat ketiga pula menerima wang tunai RM4,000, sijil, plak penghargaan dan hadiah iringan.

Turut hadir, Tuanku Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Selain itu, Raja Muda Perak, Raja Jaafar dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nur Mahani turut berkenan hadir ke majlis berkenaan.

Turut hadir, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Zulkarnain dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Suraya.

Hadir sama, Mufti Perak, Tan Seri Harussani Zakaria dan isteri, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan isteri, Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");