Jenayah

Tahan Sakit Lebih Dua Jam Kaki Tersepit Lubang Tandas

JOHOR BARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam selepas kaki kanannya terjerlus ke dalam lubang tandas di rumahnya di Kampung Seelong Jaya, Skudai, di sini Isnin.

Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Baharu Mohamad Nazaruddin Ahmad Zainuddin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari ketika Muhamad Saifuddin Hakimi Rosmani, sedang bersiap untuk ke sekolah agama.

Beliau berkata Bomba menerima panggilan kecemasan daripada bapa mangsa pada pukul 2.32 petang.

“Seorang pegawai dan sembilan anggota bomba termasuk tiga anggota Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS), tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian,” katanya.

Mohamad Nazaruddin berkata pihaknya memecahkan keliling lubang tandas itu dan berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit tanpa sebarang kecederaan.

Katanya operasi tamat pada pukul 3.45 petang dan kaki kanak-kanak itu turut diperiksa anggota EMRS bagi mengesahkan tiada kecederaan.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");