Membawang Hari Ini, Perak Hari Ini

“Walaupun single, tetap terus masak untuk semua”: Riezman

IPOH: “Walaupun single, saya tetap terus masak untuk semua,” ujar pelakon Riezman Khuzaimi.

Beliau berkata, salah satu cawangan restoran miliknya telah ditutup berikutan tidak mempunyai cukup pekerja untuk menjalankan operasinya.

Katanya, beliau kini telah beroperasi sepenuhnya di HQ RK Recipe Cafe di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

“Saya cuma tutup satu cawangan di Jalan Persiaran Stonor tetapi HQ di Taman Melawati masih beroperasi seperti biasa dan saya masih Head Chef serta pemilik RK Recipe Cafe.

“Kalau nak rasa masakan air tangan saya silalah kunjungi ke cafe saya,” katanya kepada Peraktoday.com.my.

RK Recipe Cafe telah dibuka pada April 2008 hasil usaha Riezman Khuzaimi dengan bekas isterinya, Kartina Ayoob.

Pasangan berkenaan telah bercerai dengan talak satu pada bulan Januari yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur.

Tambah beliau, pada masa ini, Kartina masih membantunya di restoran berikutan beliau perlu mempromosikan filem terbaru lakonannya iaitu Jengka yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

“Kartina ada juga membantu saya dalam masa terdekat ini kerana dalam bulan April hingga Mei depan, saya sibuk dengan promosi filem Jengka yang kini berada di pawagam.

“Selain itu, saya juga sedang menjalankan latihan teater ‘Baik Punya Cilok’ di Istana Budaya yang akan dipentaskan bermula pada 20 April hingga 1 Mei depan,” katanya lagi.

Restoran Riezman Khuzaimi

Tetap Tumpu Pada Restoran

Meskipun sibuk dalam bidang seni, Riezman berkata, beliau terpaksa membahagikan masa untuk restoran miliknya kerana semua masakan di situ adalah resepi beliau sendiri.

“Ini adalah untuk memastikan kualiti makanan yang terbaik dapat dihidangkan kepada pelanggan lebih-lebih lagi menu istimewa yang disajikan di sini.

“Jadi saya terpaksa sentiasa berada di sini lebih-lebih lagi waktu makan malam,” jelas beliau lagi yang merupakan Timbalan Presiden GTAS, Gagasan Transformasi Anak Seni.

GTAS adalah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang melahirkan usahawan daripada kalangan selebriti yang turut dinaungi oleh presidennya, Ann Abdullah.

Buka Cawangan Restoran di Perak

Riezman berkata, beliau mempunyai perancangan untuk membuka satu lagi cawangan restoran di negeri kelahirannya.

“InsyaAllah, berkemungkinan saya akan membuka satu lagi cawangan di Ipoh kerana sebagai anak Perak saya ingin membuka di negeri kelahiran saya ini.

“Kini selama 25 tahun sebagai anak seni dan tiba masanya untuk saya memberi ‘hidangan’ kepada peminat dan juga rakyat Malaysia yang telah menyokong saya selama ini,” kata beliau lagi.

Bermula pada 28hb Mac 2015 yang lalu, RK Recipe Cafe yang berkonsepkan lebih santai telah kembali beroperasi di Pusat Komersial Gaya di Pusat Bandar Melawati, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Konsep santai di RK Recipe Cafe tersebut akan memberi kelainan hidangan istimewa terus daripada pelakon berkenaan kepada pelanggan.

Yang pastinya, hidangan ‘Nasi Ambeng’ dan Sambal Hijau RK akan dihidangkan pada setiap hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad di samping hidangan lazat yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");