Jenayah

25 premis judi haram diserbu

Melaka: Sebanyak 25 premis judi ekor haram di dua daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah, lumpuh selepas diserbu Skuad Taktikal Khas Antimaksiat, Perjudian dan Gangsterisme (STAGG) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, semalam.

Dalam serbuan dilakukan serentak di 25 premis membabitkan kedai runcit, kedai telekomunikasi serta rumah kediaman pada 3.30 petang itu, STAGG turut merampas wang sejumlah RM39,435, 31 pencetak mudah alih, 48 telefon bimbit, 107 helai slip ekor dan sebuah mesin faksimili.

Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang awam.

“Kita melakukan risikan selama seminggu sebelum 136 pegawai dan anggota ditempatkan di setiap lokasi bagi memantau kegiatan sejak 10 pagi tadi (semalam).

“Hasil siasatan awal mendapati, setiap premis meraih pendapatan RM500 hingga RM2,236 sehari,” katanya ketika ditemui di Ayer Keroh, di sini, semalam.

Menurutnya, dalam serbuan itu, seramai 43 ejen judi ekor haram turut ditahan membabitkan 33 lelaki dan 9 wanita berusia lingkungan 25 hingga 50 tahun.

“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM20,000 dan maksimum RM200,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");