Perak Hari Ini

300 Berhimpun Bantah Pembangkang Berpakaian Serba Hitam

IPOH: Seramai 300 peserta yang mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK), di sini sebagai membantah tindakan pembangkang yang dikatakan menghina institusi Kesultanan Perak.

Antara NGO yang mengambil bahagian termasuklah PERKASA Perak, Majlis Ayahanda-ayahanda Perak (MAAP), Pertubuhan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (PAPIM) dan Pemuda UMNO Perak.

PERAKTODAY10

Menurut Pengerusi Kelab Adun Barisan Nasional (BN), Datuk Nadzri Ismail, bantahan itu susulan tindakan pembangkang yang memakai pakaian serba hitam dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-13, semalam.

Jelasnya, tindakan itu juga sebagai tanda menjujung kasih kepada Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Shah yang berkenan berangkat merasmikan pembukaan sidang.

“Satu kebiadapan dilakukan oleh pihak pembangkang kerana mereka sepatutnya memakai pakaian rasmi tetapi sebaliknya berpakaian hitam,” katanya.

Jelasnya lagi, pemakaian pakaian hitam berkenaan seolah-olah seperti berkabung dan membawa erti kematian.

“Ini satu perbuatan yang biadap dan menderhaka kepada Sultan Perak,” katanya.

Tegasnya lagi, tindakan tersebut tidak boleh dimaafkan sama sekali.

“Ia mencemar sejarah negeri ini kerana Sultan Perak memakai pakaian rasminya buat pertama kali.

“Raja lambang kepada perpaduan pelbagai bangsa di negeri ini ,” katanya.

Ujarnya lagi, semua pihak akan terus membela kesultanan Melayu di Perak.

“Rakyat akan menilai perbuatan pembangkang itu dan boleh menghukum mereka dengan memberikan kemenangan besar kepada pihak Barisan Nasional (BN),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");