Jenayah

43 ejen judi dicekup dalam serbuan di Melaka

MELAKA: Seramai 43 ejen judi ekor haram, termasuk sembilan wanita dicekup di 25 lokasi berasingan dalam serbuan dilakukan Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman di sini, petang semalam.

Dalam serbuan jam 3.30 petang diketuai Ketua Penolong Pengarah STAGG, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa itu, sejumlah wang tunai RM39,425 dirampas, termasuk 48 telefon bimbit, set pencetak mudah alih (31), helai kertas judi ekor haram (107) dan 22 buku rekod dan sebuah mesin faksimili.

Khairi berkata, operasi disertai seramai 136 anggota termasuk pegawai itu adalah hasil aduan orang ramai dan risikan pihaknya selama seminggu.

“Ejen judi ekor haram yang ditahan ini antaranya adalah pengusaha kedai runcit, peniaga alatan telekomunikasi dan ada yang beroperasi di kediaman.

“Majoriti mereka adalah pengusaha kedai runcit yang menawarkan perkhidmatan di lokasi berdekatan kedai judi ekor berlesen,” katanya ketika ditemui.

Semua yang ditahan kemudian diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah negeri dan disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 sehingga RM200,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");