Membawang Hari Ini

‘Afgan macam adik saya’

Keakraban penyanyi Datuk Rossa dengan Afgan yang terlihat di laman Instagram milik mereka nyata menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang tidak tahu dan beranggapan pasangan ini mempunyai hubungan istimewa.

Mengakui perkara itu, Rossa ketika ditemui baru-baru ini berkata, dia sedikit pun tidak terkejut dengan gosip yang tersebar.

Sebaliknya menganggap itu mungkin salah faham segelintir peminat yang tidak tahu Afgan adalah seorang teman rapatnya ketika ini.

“Tidak saya nafikan keakraban kami yang sering ditonjolkan di Instagram saya menimbulkan tanda tanya segelintir peminat sehingga timbulnya cerita kami bercinta.

“Ketika mengetahui perkara itu saya tidak terkejut malah tertawa dan berasa ia satu perkara yang lucu. Saya dengan Afgan sudah lama kenal lebih lima tahun.

“Jika ada masa lapang saya sering memanggil Afgan dan juga teman lain makan-makan di rumah.

“Selain Afgan ada lagi beberapa teman rapat saya yang juga kalangan artis turut sama menyertai kami berkumpul menghabiskan waktu lapang bersama,” katanya.

Bercakap soal teman lelaki, Rossa mengakui dia memilih berkawan dengan lelaki lebih berusia daripadanya.

“Saya anggap Afgan seperti adik saja. Dia jauh lebih muda daripada saya. Jika hendak mencari teman lelaki saya mahu biarlah dia lebih tua daripada saya.

“Paling penting dia seorang yang pintar, punya akhlak yang bagus, berwibawa dan boleh menjadi pembimbing baik untuk saya dan anak,” katanya.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam konsert Malam Keajaiban Cinta yang akan berlangsung pada 22 dan 23 Mei ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Rossa mengakui teruja kerana menjadi artis Indonesia pertama yang bakal melangsungkan konsert solo di pentas tersohor itu.

“Saya terkejut dan rasa teruja dengan lamaran daripada pihak Istana Budaya. Mereka menghubungi saya menawarkan mengadakan konsert di pentas berprestij yang menjadi idaman setiap penyanyi.

“Ini adalah satu penghargaan besar buat saya dan berharap dapat menampilkan kelainan dan sesuatu yang istimewa pada malam itu.

“Menariknya, pada dua malam berkenaan persembahan saya akan diiringi oleh Orkestra Nasional Malaysia apabila saya akan menyanyikan 20 lagu termasuk tiga lagu tradisional gabungan lagu Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan tiket pada harga RM78, RM108, RM218, RM238, RM258, RM278, RM338 dan RM518 dengan tempahan melalui laman rasmi www.airasiaredtix.com

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");