Membawang Hari Ini

Belum puas hidup solo

Jika sebelum ini Dafi lebih banyak berkongsi kisah perkembangan karier seninya, namun dia juga tidak mengelak apabila berbual mengenai cerita peribadinya.

Anak muda berusia 27 tahun yang bukan hanya mencipta nama sebagai insan seni ini, Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri juga pemilik syarikat pengurusan artis Laugh Out Loud (LOL) Entertainment.

Berkongsi lembaran kisah cintanya, Dafi yang ramah berbicara berkata, buat masa ini dia lebih selesa menjalin hubungan persahabatan dengan gadis yang dikenalinya.

“Terus terang, saya akui masih belum terfikir mahu bercinta atau menjalin hubungan serius dengan mana-mana gadis. Sekarang, saya lebih suka hubungan dijalin itu sebagai kawan saja.

“Walaupun sudah berusia 27 tahun, saya belum bersedia untuk berkahwin dan membina rumah tangga. Saya masih belum puas lagi hidup solo.

“Banyak lagi benda yang saya mahu buat dalam memantapkan karier. Ini kerana, pencapaian saya dalam kerjaya pun belum sampai tahap yang boleh dibanggakan,”katanya.

Menurut Dafi, dia tidak mahu tergesa-gesa menamatkan zaman bujangnya hanya disebabkan melihat rakan sebaya yang lain sudah berkeluarga. Katanya, pandangan setiap orang berbeza.

“Saya bukan tiada hasrat langsung mahu berkahwin, cuma belum bersedia mempunyai komitmen. Buat masa ini saya masih suka beriang-ria.

“Lagi pun, saya dapati ramai lelaki berkahwin lewat dan bagi saya selagi usia belum mencecah 35 tahun, ia tidak mendesak saya untuk mencari pasangan hidup,” katanya.

Menganggap komitmen dalam perkahwinan bukan tanggungjawab mudah, Dafi berkata, untuk menjadi ketua keluarga dia harus pastikan dirinya benar-benar sudah bersedia.

Tak gaduh dengan rakan kongsi

Ditanya mengenai dakwaan dia bermasalah dengan rakan kongsinya dalam LOL Entertainment iaitu Afiq, Dafi menjelaskan, di antara mereka tidak pernah bergaduh atau bermasam muka.

Katanya, hubungan dia dengan Afiq baik seperti dulu dan jika mereka bergaduh, pasti pengurusan syarikat LOL Entertainment yang dibangunkan bersama kini berhadapan masalah.

Menurut Dafi, apa pun banyak perkara kini dalam perancangannya untuk mengembangkan sayap LOL Entertainment dalam cabang perniagaan lain. Namun, segala strategi harus diatur dengan baik.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");