Isu Panas

Bilik gerakan parti kena serang

ROMPIN – Dua lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol dilapor membaling kerusi ke arah seorang pekerja parti di bilik gerakan sebuah parti politik di Bandar Baru Rompin awal pagi tadi.

Ketua Pusat Media PRK Rompin, Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 4 pagi.

Beliau berkata, mangsa yang berusia 31 tahun dan tiga rakannya didatangani kedua-dua suspek dalam keadaan terhuyung-hayang dan terus membaling kerusi ke arah mereka.

Pengadu kemudiannya menjumpai para pelaku tersebut di markas sebuah parti politik lain yang terletak berdekatan dengan bilik gerakan itu, katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Aziz berkata, pengadu turut melapor berlaku bergelutan antara mereka apabila pengadu bertanyakan tentang motif serangan itu. – Bernama

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");