Berita Hari Ini

Cabaran Langkah Garmin Tawar RM10,000 Untuk Ahli Parlimen

KUALA LUMPUR: Ganjaran RM10,000 ditawarkan kepada anggota Parlimen yang berjaya mencatat jumlah langkah tertinggi di bawah program Cabaran Langkah Garmin Vivofit yang diadakan bersempena sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober depan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cabaran itu dibuka  kepada semua anggota Parlimen, baik daripada Barisan Nasional dan juga parti pembangkang dengan dua kategori iaitu bawah umur 45 tahun, dan 45 tahun ke atas

“Setiap Ahli Parlimen akan diberikan seutas jam tangan pintar Garmin Vivofit secara percuma sebagai pencatat jumlah langkah kaki yang dihasilkan   mereka dalam menyempurnakan cabaran ini.

“Tarikh bermula cabaran dan butiran lain mengenainya akan saya beritahu kemudian, namun ia akan diadakan sebelum sambutan Hari Sukan Negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan empat produk jam tangan pintar Garmin di sini, Rabu

Khairy berkata hadiah RM10,000 itu adalah untuk digunakan oleh anggota  Parlimen yang menang bagi menjalankan program belia dan sukan di kawasan mereka pada sambutan Hari Sukan Negara nanti.

Khairy berkata usaha kementerian dengan kerjasama Garmin, syarikat pengeluar teknologi navigasi dan sistem penentu kedudukan global (GPS) itu adalah satu daripada program sambutan Hari Sukan Malaysia yang diadakan buat pertama kalinya pada Oktober ini.

Selain sambutan di peringkat nasional, beliau berkata Hari Sukan akan turut disambut di peringkat negeri, daerah dan kampung dengan pengisian pelbagai program sukan.

“Pada 10 Oktober nanti, setiap kementerian akan menganjurkan program sukan masing-masing, begitu juga di peringkat negeri sehinggalah kampung yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap sambutan hari istimewa itu,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menghargai Garmin yang menjadi rakan penaja dua program kementerian itu, iaitu FitMalaysia dan Hari Sukan Negara dalam mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");