Sukan Hari Ini

Christie keluar ATM

Kuala Lumpur: Malang terus membelenggu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila pemain sayap Christie Jayaseelan pula meninggalkan skuad The Gladiators, kelmarin.

Selepas pemergian penyerang Norshahrul Idlan Talaha ke Terengganu minggu lalu dan kemudian kehilangan pengendali B Sathianathan yang direhatkan berikutan prestasi pasukan tidak menentu, Christie pula menambah kemelut kem ATM apabila disahkan menjadi milik FELDA United dengan kontrak tujuh bulan sehingga penghujung musim ini.

Christie, 29, yang menjadi tonggak ATM ketika muncul juara Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia musim 2012 selain juara Piala Sumbangsih 2013, memberi alasan ketiadaan Sathianathan mendorong dirinya untuk beraksi bersama skuad kendalian Irfan Bakti.

“Semuanya berlaku dengan pantas, dalam beberapa hari saya sudah berada dengan FELDA United. Saya mengakui kehilangan jurulatih (Sathianathan) antara punca saya memilih untuk keluar ATM.

Saya anggap Sathianathan umpama ayah. Berkat bimbingannya juga saya dapat merasai nikmat pemain bola sepak profesional sebenar.

“Banyak ilmu yang saya peroleh. Permainan saya turut meningkat hingga dapat mewakili negara. Apabila dia tiada, saya rasa seperti kehilangan besar dan terus membuat keputusan untuk meninggalkan ATM.

“Lagipun secara kebetulan FELDA berminat mendapatkan khidmat saya. Selepas berbincang dengan pihak pengurusan ATM, mereka bersetuju melepaskan saya,” katanya semalam.

Berdasarkan kontraknya bersama ATM yang sepatutnya berakhir Disember 2016, Christie dilepaskan tanpa FELDA perlu membayar apa-apa pampasan, sama seperti yang berlaku kepada Norshahrul sebelum ini. – www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");