Sukan Hari Ini

De Gea sah tinggalkan Old Trafford

LONDON – Status penjaga gol Manchester United, David De Gea yang sebelum ini dilaporkan ingin meninggalkan Old Trafford akhirnya terjawab semalam.

Menurut laporan akhbar di Sepanyol semalam, pemain berusia 24 tahun itu bersetuju untuk menyertai Real Madrid pada akhir musim ini.

Sebelum ini, kelab gergasi Sepanyol tersebut dikaitkan dengan isu perpindahan De Gea yang bakal menggantikan Iker Casillas.

Dalam laporan yang sama, De Gea dikatakan semakin hampir untuk kembali beraksi di Santiago Bernabeu bersama Real Madrid.

“De Gea telah memberi persetujuan kepada Los Blancos. Penjaga gol Manchester United itu ingin menyarung jersi Real Madrid pada musim depan.

“Real Madrid telah meneliti pelbagai pilihan dalam kalangan penjaga gol dan akhirnya mereka memilih De Gea.

“Kini semuanya jelas, De Gea ingin menjadi penjaga gol Real Madrid dan sedang menunggu urusan kontrak untuk bersama kelab itu,” ujar laporan tersebut.

Isu perpindahan De Gea mula tercetus selepas pemain itu dilaporkan menghadapi masalah dengan pengendali Manchester United, Louis van Gaal.

Persengketaan tersebut dikatakan menjadi salah satu punca utama pemain kelahiran Sepanyol itu memilih untuk kembali ke negara asalnya. – Agensi

-kosmo.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");