Berita Hari Ini

Dua Pelatih Tentera Dijangkiti Meningoensefalitis

PETALING JAYA: Dua pelatih tentera mengalami gejala Meningoensefalitis manakala 10 yang lain dikuarantin di Pusat Latihan Tentera, Port Dickson.

Pasukan kesihatan sedang mengambil tindakan pencegahan dan kawalan di pusat latihan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata dua pelatih tentera yang mengalami gelaja tersebut berada di kem tersebut sejak sebulan lalu.

Kedua-duanya yang juga rakan sebilik mengalami gelaja awal seperti demam dan kekejangan otot pada kaki.

Mereka kemudiannya menerima rawatan awal di Rumah Sakit Angkatan Tentera, Port Dickson sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson pada 14 April lalu.

Salah seorang pelatih kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Port Dickson manakala rakannya berada di unit sama di Hospital Kuala Lumpur.

“Mereka kini berada dalam keadaan stabil. Pihak KKM sedang berusaha mengenalpasti punca sebenar di sebalik gejala jangkitan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Meningoensefalitis adalah radang yang berlaku secara sekali gus melibatkan otak dan selaput yang meliputi bahagian otak, secara umumnya berlaku akibat jangkitan bakteria.

Mereka yang dijangkiti virus itu akan mengalami gejala seperti demam, sakit kepala, loya dan muntah.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");