Membawang Hari Ini

Dulu bantah kini galak

Filem Jiwa Taiko menjadi pengalaman pertama dan membuka lembaran baru dalam hidup Shukri Yahaya sebagai pelakon.

Pembabitan awalnya itu satu peluang yang tidak disangka jejaka hitam manis ini kerana dia tidak mempunyai sebarang asas lakonan.

Segalanya bermula apabila dia kebetulan bertemu pengarah Osman Ali di satu kedai menjual cakera padat.

Pada awal pembabitannya sebagai anak seni, dia mendapat tentangan daripada keluarga yang menganggap kerjaya itu tidak mempunyai masa depan. Bagaimanapun selepas empat tahun, keluarganya makin percaya dan menyokong minatnya dalam lakonan.

Nama Shukri mula menjadi buah mulut apabila berlakon dalam rantaian Juvana membawa watak Fit. Dia kemudian terus dikenali menerusi drama Menjinak Ombak.

Drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia pula membuatkan nama–nya makin dikenali. Malah kehadirannya dalam industri diterima baik dan lakonannya turut mendapat pujian penonton.

Dia pernah dicalonkan buat pertama kali dalam Anugerah Skrin (ASK2013) kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi drama Perempuan Itu Ibuku.

Namanya turut dicalonkan untuk Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-26 (FFM26) menerusi filem Ular dan baru-baru ini berada dalam senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2014 (ABPBH2014) kategori Pelakon Lelaki Baru Popular. Ternyata hingga kini rezeki belum memihak kepadanya.

Shukri juga merancang untuk menamatkan zaman bujangnya bersama Tya Adnan penghujung tahun ini atau pertengahan tahun hadapan. Mereka mula berkenalan ketika sama-sama terbabit dalam filem Ular pada 2011 dan sudah tiga tahun bercinta.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");