Jenayah

Edar dadah di sekolah

Bau: Tindakan licik pelajar tingkatan lima terbabit dengan pengedaran dadah kecil-kecilan, tidak berpanjangan apabila dia ditahan di sekolah di Jalan Sebuku, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kegiatan pelajar itu terbongkar selepas guru lelaki di sekolah berkenaan menemui bahan terlarang itu dalam poket seluar pelajar berkenaan.

Sumber berkata, guru berusia 30-an itu menghubungi polis memaklumkan perkara berkenaan membolehkan polis membongkar kegiatan pelajar terbabit.

Menurutnya, ketika menahan pelajar terbabit jam 9.15 pagi, polis merampas enam tiub mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu seberat 0.80 gram pada pelajar terbabit.

“Ketika disoal-siasat, pelajar terbabit mengaku membeli syabu itu daripada seorang lelaki di kampungnya dan menjualnya kepada beberapa rakan di sekitar kawasan berkenaan bagi mendapatkan wang saku.

“Pemeriksaan awal mendapati suspek baru pertama kali ditahan walaupun mula terbabit dengan kegiatan pengedaran tahun lalu,” katanya.

Katanya, pelajar terbabit dibawa ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut, selain usaha mengenal pasti individu bertanggungjawab membekal bahan terlarang itu dengan suspek berkenaan.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");