Perak Hari Ini

Filem Rock Bro! Karya Ketiga Mamat Khalid Papar Zaman Rock Tempatan

IPOH: Rock Bro! yang merupakan filem kesinambungan Rock Oo bakal menemui peminat dengan plot penceritaan berkaitan perkembangan rock tanah air dan kehidupan peribadi ahli kumpulan Rimba Bara.

Menurut pengarahnya, Mamat Khalid, filem ini memaparkan secara terperinci mengenai kehidupan peribadi setiap individu dalam filem terdahulu dengan penceritaan kehidupan serta perjuangan dalam industri muzik rock.

“Ianya lebih peribadi dan secara automatik ia seperti perjalanan hidup Rimba Bara yang begitu kena dengan watak-watak tersebut,” katanya.

Katanya, filem itu juga mengetengahkan konsep seni imeniru gaya hidup dan kehidupan seharian manusia.

“Ianya bukannya hanya menceritakan perkembangan seni rock itu sendiri kerana pada1992 dan 1993, sudah terlihat zaman kejatuhan rock dengan kemasukan unsur lain seperti rap,” katanya.

Katanya lagi, senimatografi yang dipertanggungjawabkan ialah Teck Zee dan beliau dipilih berdasarkan pengalamannya selama ini.

“ Visual kali ini berlainan daripada sebelumnya dan untuk memperluaskan skop filem ini, pendekatan lain turut diguna pakai,” katanya.

Ujarnya lagi, siri ketiga filem rock itu diharap mampu mendapat sambutan hangat daripada penonton dan sasaran lebih RM4 juta kutipan tayangan diletakkan pada karya tersebut.

Katanya lagi, selepas filem Rock Oo, kehidupan individu watak ahli kumpulan Rimba Bara tidak diceritakan hingga kejayaan mereka menjadi penyanyi dan terkenal.

Filem siri ketiga ini juga katanya, tetap menampilkan watak zaman kumpulan rock Rimba Bara hasil lakonan Khir Rahman, Pekin Ibrahim, Sofi Jikan dan Azmi Black.

Rock Bro! memaparkan kehidupan ahli kumpulan Rimba Bara yang menjalani kehidupan di zaman era rock dengan pelbagai liku-liku kehidupan masing-masing yang dikupas lebih mendalam.

Watak penyanyi rock wanita terkenal, Ella menjadi keunikan buat kali filem ini dengan penampilan khasnya yang dibawa oleh pelakon baru, Amy Juliet.

“Saya ingin meminjam kehebatan Ella ketika itu apabila bercinta dengan Jijoe (Khir Rahman) dan menjadi cinta agung,” katanya.

Katanya lagi, pemilihan Ella bertujuan mempamerkan kehebatan rock wanita dalam filem yang kebanyakannya didominasi oleh kaum lelaki sahaja.

Filem ini bakal menemui peminat di pawagam awal 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");