Sukan Hari Ini

Filipe Luis Gembira Di Chelsea Walau Dipinggirkan

PEMAIN pertahanan Chelsea, Filipe Luis tidak mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas ini, walaupun sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama bimbingan Jose Mourinho musim ini.

Luis, dari Atletico Madrid menyertai Blues dengan nilai £15.8 juta pada Julai lalu tetapi telah dipinggir dalam kempen pertamanya, dengan hanya beraksi dalam tujuh perlawanan permulaan Liga Perdana Inggeris.

Mourinho kelihatan lebih memihak kepada Cesar Azpilicueta, tetapi Luis menegaskan dia gembira di Stamford Bridge dan mahu meneruskan kontrak tiga tahun yang ditandatanganinya.

“Saya gembira di Chelsea. Saya mahu kekal di kelab itu sehingga akhir kontrak saya,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

“Kami mempunyai peluang untuk memenangi Liga Perdana Inggeris. Semua orang mahu berada di kelab ini untuk cuba membantu pasukan memenangi saingan liga.”

Chelsea kini berada di puncak saingan dengan mendahului enam mata di atas Manchester City.

“Adakah saingan telah berakhir? Tidak. Ia benar-benar sukar. Kami mempunyai sembilan lagi perlawanan. Perlawanan yang benar-benar sukar,” kata Luis.

“Liga Perdana tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah. ??Kita perlu menjadi lebih baik dari sebelumnya kerana permainan ini datang dengan banyak tekanan, tetapi saya rasa kami bersedia untuk menghadapi keadaan sukar yang ada.”

Luis menambah: “Beliau (Mourinho) sentiasa menyatakannya kepada kami, selain daripada itu tiada apa lagi yang dikatakannya.

“Dia selalu meminta semua orang fokus dan memberi tumpuan dalam permainan dan cuba untuk memenangi setiap perlawanan yang ada.”-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");