Berita Hari Ini

Gereja Taman Medan Dibenar Pasang Semula Lambang Salib – Azmin

SHAH ALAM: Gereja Taman Medan dibenarkan untuk memasang semula lambang salib yang sebelum ini diarahkan supaya diturunkan dari hadapan bangunan itu berikutan satu bantahan sekumpulan penduduk pada Ahad lalu, kata Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Bagaimanapun katanya, persoalannya adalah mengapa gereja itu dipaksa supaya menurunkan lambang salib itu.

“Mengapa mereka (gereja) dipaksa menurunkan lambang salib?

“Adakah kerana lambang salib merupakan simbol suci masyarakat beragama Kristian?,” soal Azmin.

Ahad lalu, sekumpulan penduduk mengadakan bantahan terhadap tindakan pihak gereja yang memasang lambang salib di luar rumah kedai di Taman Medan di kawasan yang majoriti penduduknya Melayu.

Pihak pengurusan terpaksa mengikut arahan dengan menurunkan lambang salib itu beberapa jam kemudian.

“Kita perlu menghormati kepercayaan semua orang di Selangor,” kata Azmin sambil menambah tindakan seharusnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab mengadakan bantahan itu.

Polis telah merakamkan keterangan 10 individu yang terlibat dalam insiden bantahan salib di gereja Taman Medan.

Pada Rabu, Datuk Abdullah Abu Bakar yang merupakan abang kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar disoal siasat oleh pihak polis selama empat jam.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");