Sukan Hari Ini

Inter Milan Sedia Pecah Rekod Kelab

INTER MILAN dilaporkan sedia memecah rekod pembelian pemain kelab itu untuk mendapatkan bintang tengah Manchester City, Yaya Toure yang bernilai £43.5 juta.

Yaya merupakan pemain yang menjaringkan gol untuk memastikan City menjuarai Piala FA pada 2011 selepas 50 tahun kelab berkenaan gagal memenangi sebarang piala.

Bagaimanapun pemain terbabit kini menjadi buruan bekas jurulatihnya di City iaitu, Roberto Mancini untuk beraksi di Serie A.

Kelab gergasi Itali itu juga dilaporkan telah menyediakan perbelanjaan secukupnya untuk mendapatkan Yaya.

Mancini yang ditemui media, bagaimanapun menafikan bahawa dia akan membawa pemain berusia 31 tahun itu menyertai Inter Milan pada musim depan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");