Perak Hari Ini

‘Ipoh Drug Free Youth’ Tarik Belia Jauhi Dadah

IPOH: ‘Ipoh Drug Free Youth’ mampu menarik golongan belia untuk menjauhi dan tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah dalam kehidupan mereka.

Bertemakan ‘Lifestyle By Choice, program yang bakal berlangsung pada 2 Mei 2015 di Koloni Karyawan Aman Jaya (P.O.R.T) tersebut dianjurkan oleh Bangkit Event Management dengan kerjasama Drug Free Youth Association (DFYA) Malaysia.

Menurut pengurus projek, Azren Abdullah, program berkenaan adalah merupakan program berbentuk kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada golongan belia.

“Jika kita lihat pada masa ini, terlalu banyak kes dadah yang melibatkan golongan belia.

“Oleh sebab itu, penganjuran program ini adalah untuk menarik para belia untuk menjauhi penyalahgunaan dadah berkenaan yang boleh memberikan impak yang negatif kepada kehidupan mereka,” katanya.

Selain itu, beliau berkata program tersebut juga dianjurkan untuk mengumpul anak muda bagi menyertai program yang lebih tertumpu kepada pembangunan belia.

“Ia termasuklah kesenian, sukan lasak dan juga muzik,” katanya kepada Peraktoday.com.my ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, pengurus pemasaran Bangkit Event Management, Azlan Zulkifli berkata, program tersebut telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan negeri

“Kita telah mendapat sokongan daripada Kerajaan Negeri, PENGASIH, serta pihak P.O.R.T sendiri.

“Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukkan untuk pihak kami melaksanakan program ini selain usaha kami sendiri mendapatkan tajaan daripada pihak-pihak yang berkenaan,” ujar beliau.

PERAK TODAY 3

Katanya, idea program tersebut tercetus apabila beliau dan beberapa rakannya yang lain telah menyertai program bantuan banjir.

“Daripada situ, ada pihak yang mencadangkan supaya kami mewujudkan satu program yang boleh memberi manfaat kepada golongan muda berdasarkan permasalahan yang sering dihadapi oleh golongan itu.

“Jadi kami telah memilih untuk mengetengahkan permasalahan dadah yang pada masa ini sedang meruncing dinegara kita ini,” jelas beliau lagi.

PERAK TODAY 2Sementara itu, Pengurus Besar P.O.R.T, Zamari Muhyi berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan penuh terhadap program yang memberi manfaat kepada golongan belia.

“Kami sentiasa membantu apa jua program yang dapat kita laksanakan dengan golongan muda.

“Kami menyediakan tempat untuk mengadakan program ini tanpa mengeluarkan kos yang lebih tinggi,” kata beliau lagi.

Program ‘Ipoh Drug Free Youth’ yang akan berlangsung bermula daripada jam 10 pagi hingga 11 malam tersebut mensasarkan kehadiran 5,000 orang pengunjung.

Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program itu berlangsung untuk menarik pengunjung antaranya sesi ceramah bersama DFYA Malaysia, pertandingan ‘Street Art’ yang bertemakan anti-dadah, pameran daripada agensi-agensi terlibat dan persembahan daripada 17 kumpulan muzik tempatan.

Kutipan derma amal untuk Persatuan Pengasih Malaysia turut akan diadakan dalam program berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");