Isu Panas

Jawatankuasa Siasatan PAS Dicabar Panggil Mat Sabu Sebelum Tok Usin

PETALING JAYA: Pengendali akaun Facebook ‘Tuc Tok Usin Ceroi (Pemburu Jebon)’ bersetuju untuk memberi kenyataan berhubung aduan terhadap klip video yang mendakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merancang untuk menggulingkan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, individu tersebut hanya akan berbuat demikian sekiranya Jawatankuasa Siasatan terhadap dakwaan itu membuka fail siasatan dan memanggil Mohamad untuk mendapatkan penjelasannya.

“Apapun tok sahut cabaran Tok Pa tersebut dengan syarat Jawatankuasa buka fail dan panggil Mat Sabu datang dahulu,  kemudian tanya dia tentang rakaman audio tersebut samada betul suara dia atau bukan,” katanya.

Tok Usin berkata sekiranya Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menafikan dirinya terlibat dalam rakaman tersebut, maka beliau akan memberi keterangan terhadap kes tersebut.

Malah, katanya beliau akan membawa bersama Salahudin Ayub sebagai saksi kepada kes itu.

Individu tersebut dalam entri di laman Facebooknya membalas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Siasatan kes itu, Datuk Mustafa Ali yang mengalu-alukan kesudiannya untuk tampil memberi kenyataan berhubung aduan terhadap klip video membabitkan Mat Sabu yang tersebar di media sosial pada Februari lalu.

“Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Usin Ceroi ke Pejabat Agong PAS secepat mungkin.

“Beliau boleh menghubungi saya secara terus atau Khairul Faizi, selaku Penolong Setiausaha Agong dan setiausaha jawatankuasa siasatan untuk menentukan masa beliau yang sesuai untuk menghadirkan diri,” kata Mustafa yang juga Setiausaha Agong PAS dalam satu kenyataan ringkas pada lewat malam Rabu.

Sementara itu, Tok Usin turut mempertikaikan kenyataan ringkas tersebut yang didakwa dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan disunting semula.

“Nampak sangat posting ni dibuat dlm keadaan tergesa-gesa, kelupoq dan menggigil ketakutan dengan bayang-bayang sendiri hinggakan terpaksa di edit semula bagi mencantikkan lagi ayat kenyataan tersebut. Harakah pun dah jadi mcm haram j****,” dakwanya.

Tok Usin pada 23 Februari lalu mendedahkan rakaman suara yang didakwa sebagai individu mirip suara Mat Sabu memberi taklimat untuk menggulingkan presiden PAS di Facebook miliknya.

Menerusi pendedahan itu, rakaman suara berkenaan adalah taklimat yang disampaikan Mat Sabu untuk memburuk dan menjatuhkan Hadi.

Rakaman suara berdurasi 2 minit 10 saat itu, Mat Sabu didakwa berkata,” Dalam dua tiga hari ini, saya cuba buat ‘counter attack’ (serangan balas) dalam bentuk bertemu individu.

“Semalam saya ke Tanjung Karang bertemu dengan YDP Sungai Besar, bertemu dengan YDP dan jawatankuasanya…dua tiga orang.

“Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum…perlu denied (dinafikan).”

Selain suara yang didakwa sebagai Mat Sabu, terdapat suara lelaki yang menyoal balas.

Laman Tuc Tok Usin Ceroi didakwa dikendalikan oleh ahli PAS dan aktif mendedahkan usaha Mat Sabu untuk menjatuhkan Hadi sebagai ulama dalam parti itu.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");