Membawang Hari Ini

Johnny Depp, Amber Heard bakal bercerai?

BAHARU sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu, nampaknya bintang filem hollywood, Johnny Depp bakal menamatkan statusnya sebagai seorang suami.

Menurut laporan sebuah portal hollywood, Depp dan isterinya Amber Heard dalam proses penceraian kini kerana perselisihan faham antara mereka.

“Keretakan hubungan tersebut berpunca kurangnya komunikasi antara mereka. Malah Heard sentiasa risau apabila Depp jarang menghubunginya dan pulang ke rumah selama berhari-hari tanpa memberitahunya ke mana dia pergi,” katanya.

Selain itu, krisis rumah tangga mereka dikatakan turut berpunca daripada sikap Depp yang tidak bertanggungjawab terhadap rumah tangga mereka dan sering mabuk.

“Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih lagi belum mengumumkan status hubungan mereka,” katanya.

-SInar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");