Perak Hari Ini

KDN Digesa Ambil Tindakan Terhadap Pihak Timbulkan Sentimen Perkauman

BAGAN SERAI: Badan Bukan Kerajaan (NGO) memohon agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan segera terhadap pihak-pihak yang cuba memainkan sensitiviti agama di negara ini.

Menurut Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Bagan Serai, Shahril Anuar Mat Halili, beberapa NGO di daerah ini telah bersama-sama membuat satu laporan polis terhadap pihak yang telah bertindak memperlekehkan kalimah Allah dan Azan.

“Perkasa bersama-sama Pertubuhan Gabungan Panji Langkasuka Malaysia (GALAS), PEKIDA dan Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak telah membuat laporan polis,”katanya.

Laporan polis berkenaan di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, petang semalam, di sini.

“Sebelum ini Perdana Menteri dan Sultan serta Raja-Raja Melayu telah diperlekehkan, dan sekarang, kalimah Allah dan azan pula dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya lagi, kebimbangan penduduk pribumi sekarang bukan sahaja kepada penularan fahaman ISIS semata-mata.

“Malah rakyat Malaysia sendiri yang mungkin menimbulkan kekacauan dalam Negara kita yang aman sejak sekian lama,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");