Panasnya Hari Ini

Kemana Perginya RM42 Billion Hutang 1MDB?

Sejak kebelakangan ini, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semakin mendapat perhatian berikutan ia masih menjadi persoalan yang tiada jawapan.

Ianya menjadi semakin parah apabila Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad turut menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab segala persoalan yang meniti di bibir setiap masyarakat di negara ini.

Umum mengetahui bahawa 1MDB berfungsi sebagai penggerak pembangunan dan pertumbuhan ekonomi mampan jangka panjang Malaysia yang memfokuskan kepada tenaga dan hartanah.

Namun satu persatu permasalahan timbul sehingga menyebabkan barisan kepimpinan mengalami kerenggangan berikutan isu tersebut tidak mampu diselesaikan.

Salah satu isu yang menjadi perhatian adalah hutang berjumlah RM42 bilion yang ditanggung oleh 1MDB tersebut.

Namun, kenyataannya, wang yang dipinjam oleh 1MDB tersebut telah digunakan untuk mewujudkan banyak kemudahan yang tidak diketahui oleh umum.

Ia termasuklah memiliki 15 loji kuasa dengan penjanaan tenaga bersih sebanyak 5,594MW di lima buah negara termasuklah di Mesir, Bangladesh, Sri Lanka, UAE dan juga Pakistan.

Selain itu, wang tersebut turut digunakan untuk membina tiga lagi loji kuasa baharu masing-masing di Port Dikson, Melaka dan juga Kedah serta membeli 310 ekar tanah di Pulau Indah yang digunakan untuk projek-projek berkaitan dengan tenaga.

Pinjaman yang dibuat oleh 1MDB tersebut juga digunakan untuk membantu mengurangkan kos kuasa penjana Tenaga Bebas (IPP) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun 2012.

Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar elektrik yang buat julung kalinya pada bulan Mac 2015 serta berkemungkinan akan turut mengurangkan kadar elektrik pada bulan Julai depan.

Ia juga dapat membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014.
Perancangan konsep serta aktiviti merancang dan membangunkan  28.33 hektar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang  bernilai sebanyak RM40 bilion melalui Pembangunan  Kasar (GDV) turut dijangka berupaya menarik lebih 250 syarikat global.

Selain itu juga, ia berpotensi mewujudkan 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung,menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam.

Pelaksanaan itu juga berperanan  sebagai jualan dan pembangunan pertama melalui projek RM8 billion dengan kerjasama syarikat terbesar di Australia, Lend Lease telah ditandatangani pada bulan Mac 2015.

Tindakan mereka bentuk konsep, merancang dan membangunkan pula 200.32 hektar bagi projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion turut berupaya menghubungkan  Singapura dan Kuala Lumpur melalui  keretapi berkelajuan tinggi mengambil masa perjalanan hanya sekitar 60 hingga 90 minit.

Melalui pendekatan itu ianya dijangka mempercepatkan pembangunan di bahagian koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit swkitar Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.

Turut diberi perhatian adalah mengenai penyediaan meliputi pembelian, pembinaan serta kelengkapan  bagi lapan kemudahan ketenteraan baru untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berharga hampir RM2.7 billion.

Perbelanjaan tersebut turut merangkumi dua lapangan terbang udara baharu dan  202.34  hektar pangkalan TUDM di Sendayan dan PDRM  Subang.

Dengan wang pinjaman sebanyak RM42 Billion itu juga, 1MDB telah merancang untuk membeli tanah bagi membina 30,000 unit buah rumah kos rendah di seluruh Negara.

Pembinaan rumah mampu milik itu dirancang akan dibina di seluruh Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang dan Lembah Klang yang dijangka menelan belanja sebanyak RM1.3 Billion dengan hampir 30,000 unit buah rumah mampu milik akan dibina.

Selain itu, hampir RM400 juta projek tanggungjawab sosial (CSR)  di mana 1MDB menghantar 2,400 orang bagi menunaikan fardhu Haji diantara tahun 2011 hingga 2014.

Selain itu, 1MDB juga turut memberikan subsidi tayar bagi Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA) bagi pemandu teksi dibawah TR1MA 1.0 dan TR1MA 2.0.

1MDB juga turut menyalurkan dana bagi 15 pusat pemulihan bagi pelajar-pelajar di Sarawak selain daripada projek bekalan air dan eletrik luar bandar serta Klinik Bergerak 1Malaysia.

1MDB juga turut menyalurkan dana sebanyak RM90.5 juta bagi membaik pulih rumah lama bagi golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011.

Akhir sekali, dengan pinjaman sebanyak RM42 Billion itu, 1MDB telah dan akan membina serta mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah, termasuk urusan dengan Arab Saudi, yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah setiap tahun.

Hubungan ini juga memberi kelebihan apabila negara-negara di Timur Tengah telah membantu pelajar Malaysia keluar dari Mesir ketika konflik Arab Spring terjadi.

1MDB juga telah berjaya bagi menarik minat pelabur dari dalam dan luar negara seterusnya memberi hasil pelaburan yang bernilai puluhan billion Ringgit.

Ternyata, 1MDB berjaya menarik pelabur, terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.

Meskipun terdapat beberapa pihak yang bertanyakan kemana ‘hilang’nya wang sebanyak RM42 Billion itu, yang pastinya, 1MDB sentiasa membuat pelaburan yang akan menguntungkan negara ini.

Mungkin pelaburan yang dibuat tidak dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat, namun, kesannya pasti akan memberi kelebihan pada ekonomi negara dan seterusnya memberi kelebihan kepada rakyat di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");