Panasnya Hari Ini

Kerajaan Garis Lima Petunjuk Utama Pelaksanaan GTP dan ETP

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah menggariskan lima petunjuk utama perlaksanaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Beliau berkata, ia adalah berdasarkan kepada pelaksanaan GTP dan ETP selama lima tahun bermula pada tahun 2010 sehingga kini.

Antara petunjuk utama tersebut adalah pendapatan perkapita rakyat telah meningkat daripada US$7,059 pada tahun 2009 kepada US$10,426 pada tahun 2014.

“Selain itu, nilai pelaburan kekal tinggi dengan pelaburan sebanyak RM142.6 billion pada tahun 2009 telah meningkat kepada RM228 billion pada tahun 2014,”kata beliau ketika melancarkan Laporan Tahun 2014 GTP dan ETP, sebentar tadi, di sini.

Tambahnya, sebanyak 1.5 juta peluang pekerjaan baru telah diwujudkan dalam sektor Bidang Ekonomi Negara Utama (NKEA) semenjak tahun 2010.

“Ia juga telah memberikan lebih lima juta rakyat di kawasan luar bandar mendapat manfaat kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih semenjak GTP dan ETP dilaksanakan.

“Hampir 170,000 golongan miskin telah berjaya dibawa keluar dari kepompong kemiskinan susulan kenaikan jumlah pendapatan mereka dalam tempoh lima tahun,”katanya.

Sementara itu, Najib turut mengulas mengenai BR1M yang menjadi topik hangat kebelakangan ini.

“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah satu subsidi bersasar dalam bentuk tunai kepada mereka yang memerlukan sebagai pendekatan yang terbaik kepada Malaysia buat masa ini,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Ia adalah untuk memperbetulkan tanggapan-tanggapan yang tidak tepat oleh sesetengah pihak berkaitan tentang bantuan ini, katanya

Najib turut menegaskan bahawa bantuan tersebut telah dilaksanakan oleh banyak negara lain di dunia ini dalam pelbagai nama dan cara.

“Ternyata, BR1M bukanlah sesuatu yang asing kerana telah menjadi amalan di banyak negara lain di dunia

“Perlu diketahui bahawa BR1M ini adalah satu amalan di banyak negara maju di dunia sebagai salah satu polisi ‘socio safety net’,” katanya.

Kata beliau lagi, BR1M cuma satu langkah sementara demi memastikan kerajaan benar-benar membantu golongan yang sangat memerlukan berbanding subsidi pukal yang dilaksanakan sebelum ini.

“Ternyata, BR1M telah membantu hampir tujuh juta isi rumah dan individu tanpa mengira latar belakang politik,” ucapnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");