Berita Hari Ini

Kerajaan umum kadar gaji baharu Gred 11 hujung tahun

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji pokok baharu bagi 3,072 penjawat awam dalam Gred 11 yang berpendapatan antara RM832 dan RM850 hujung tahun ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata selain itu, semakan semula terhadap 252 skim perkhidmatan awam yang kini dinikmati 1.4 juta akan turut diumumkan.

Zabidi berkata, semakan semula terhadap gaji bagi Gred 11 sudah dilakukan sebanyak tiga kali iaitu pada 2002, 2007 dan 2013. “Semakan ini dilakukan mengikut tahap yang sesuai dengan kadar semasa.

“Kumpulan dalam gred ini terdiri daripada mereka yang memasuki perkhidmatan awam melalui PMR, antaranya bagi Pembantu Am (PA) dan pemandu,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");