Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sidang akhbar itu akan disampaikan Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad bersama-sama Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Subromaniam Tholasy di ibu pejabat kementerian itu di Putrajaya.

Menurutnya, pelaksanaan GST pada hari pertama dilihat berada dalam keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa perkara mengelirukan berlaku ke atas peniaga.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati pada hari pertama pelaksanaan GST. Cuma terdapat beberapa kekeliruan dalam kalangan pengguna dan peniaga dalam meletakkan harga barangan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau harga barang di pasar raya Giant City Mall di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE