Jenayah

Lahir kemudian sorok anak dalam laci

MICHIGAN – AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita didakwa membunuh bayinya selepas dia melahirkan anaknya di tempat kerja dengan cuba menyembunyikan bayi tersebut di dalam laci mejanya, di Detroit, Amerika Syarikat.

Kimberly Pappas, 25, didakwa menggunakan gunting untuk memotong tali pusat bayinya sebaik melahirkan bayi tersebut di tandas pejabatnya, menurut portal Metro.co.uk, semalam.

Pappas kemudian memasukkan anaknya ke dalam beg plastik bertutup dan menyembunyikan bayi tersebut di dalam laci meja selama 30 minit.

Pihak berkuasa kemudiannya tiba di lokasi kejadian apabila pekerja melaporkan terdengar bunyi bising di dalam bilik air dan terdapat tompokan darah pada lantai tandas berkenaan.

Pappas pada mulanya memberitahu pihak polis dia mengalami keguguran bagaimanapun laporan autopsi mengesahkan bahawa bayi tersebut dibunuh.

“Bayi tersebut dilemaskan akibat disumbat ke dalam beg plastik sebaik sahaja dilahirkan,” katanya sebagai memetik laporan tersebut.

Dalam pada itu, peguam belanya, Ray Cassar, memberitahu pemberita bahawa Pappas kini menjalani rawatan terapi bagi merawat masalah kesihatan mentalnya.

“Saya tidak fikir dia faham apa yang sedang berlaku,” katanya.

Pappas akan menjalani penilaian psikiatri dan dihadap semula ke mahkamah pada Jun depan untuk menghadapi tuduhan pembunuhan dan penderaan ke atas kanak-kanak.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");