Sukan Hari Ini

Lebur 39 minit

BEREGU wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khei Wei terus gagal untuk merangkul kejuaraan pertama tahun ini apabila tumbang di tangan gandingan China, Jin Ma-Yuanting Tang pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Wuhan, China, semalam.

Dalam perlawanan itu, Jin Ma-Yuanting Tang hanya mengambil masa 39 minit untuk menghantar pulang pasangan negara selepas mencatat kemenangan 21-11, 21-15.

Menurut Vivian, mereka tidak bermain dengan baik, sekali gus menyebabkan pemain lawan mampu mengutip mata dalam tempoh singkat.

“Kami cuba memberi tentangan sengit, dan cuba bangkit di set kedua, malangnya kami terlalu mahu menamatkan permainan dengan cepat dan bermain dengan laju.

“Apa pun, saya sudah cuba lakukan yang terbaik dan kami akan mengalihkan tumpuan kepada kejohanan lain selepas ini,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");