Jenayah

Lelaki ditemui terbakar bersama motosikal

BUKIT MERTAJAM – Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui terbakar di kawasan pembinaan Kampung Tok Panjang dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, hasil siasatan polis mendapati satu mayat lelaki terbakar bersama sebuah motosikal.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Pemeriksaan awal mendapati motosikal terbabit didaftarkan atas nama seorang lelaki tempatan namun, pemeriksaan lanjut mendapati motosikal ini diguna oleh warga asing,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");