Sukan Hari Ini

Man United Lwn Chelsea: Van Gaal Hilang Empat Tonggak

LOUIS Van Gaal berdepan masalah kecederaan pemain utama ketika Manchester United bakal berkunjung ke Stamford Bridge untuk berdepan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada Sabtu malam.

Antara pemain yang mengalami kecederaan ialah Michael Carrick, Marcos Rojo, Daley Blind dan Phil Jones.

Berikutan itu, jurulatih kelahiran Belanda terbabit dijangka memerlukan keputusan seri untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam enam perlawanan sebelum ini.

Dalam perlawanan itu juga, Van Gaal dilapor akan menggunakan khidmat Wayne Rooney untuk bermain sebagai pemain tengah pertahanan menggantikan posisi Carrick.

Hal ini kerana, Rooney merupakan pemain yang mampu bermain di posisi itu selepas turut kehilangan Blind dan Rojo.

“Saya harap kami mampu menampung ketiadaan Blind dan Jones selepas Carrick dan Rojo juga tidak dapat beraksi.

“Saya kehilangan pertahanan tengah dan kiri dalam perlawanan ini. Oleh itu saya perlu membuat percaturan semula,” jelas Van Gaal.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");