Jenayah

Mangsa bot karam ditemui

Pasir Puteh: Dua nelayan warga Thailand yang hilang selepas bot yang mereka naiki karam terlanggar batu akhirnya ditemui terapung 0.5 batu nautika dari timur Pulau Perhentian, Terengganu, semalam.

Mayat pertama, Ahmad Anuar Ismail, 23, ditemui jam 7.30 pagi sebelum mayat Ibrahim Kadir, 45, ditemui sejam kemudian.

Kedua-dua mayat ditemui Aruna, 21, yang juga anak kepada Ibrahim yang sanggup ‘berkampung’ di sekitar kawasan kejadian sejak hari pertama.

Aruna berkata, walaupun cuaca buruk dengan ombak setinggi empat meter, mereka seramai lapan orang sanggup bergadai nyawa demi mencari ahli keluarga tersayang.

“Walaupun kehilangan insan tersayang, saya kagum kerana ayah (Ibrahim) yang sanggup mengorbankan nyawanya demi selamatkan orang lain.

“Saya akan teruskan sisa perjuangan ayah sebagai nelayan untuk menyara keluarga dan apa yang berlaku adalah kehendak Ilahi,” katanya.

Wartawan Harian Metro turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) dikendalikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) DM 10 Tok Bali.

Turut serta pasukan penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Unit Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin dan bot nelayan tempatan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");