Isu Panas

Masyarakat FELDA diingat tidak terpengaruh dakyah pembangkang

MUADZAM SHAH: Masyarakat FELDA diingatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba menakut-nakutkan mereka dengan pelbagai isu bertujuan bagi mendapat undi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang memasuki FELDA dan menjalankan kempen bagi memburukkan kerajaan yang kononnya gagal menangani isu yang dihadapi peneroka.

“Jangan terpedaya dengan pihak tertentu yang meraih simpati politik dengan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan dan melabel kerajaan gagal dan tidak dapat selesaikan isu berkaitan FELDA.

“Ini satu tuduhan politik yang melampau dan tidak bertanggungjawab, masyarakat FELDA sebaliknya perlu yakin dengan kepimpinan Barisan Nasional bagi memastikan nasib dan masa depan peneroka terus terjamin,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Semai Bakti FELDA Keratong 6 di sini sebentar tadi.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");