Berita Hari Ini

MH17: Lebih banyak cebisan mayat ditemukan

KIEV 17 April – Pasukan penyiasat Belanda menemukan lebih banyak cebisan mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai tahun lalu, selepas kumpulan itu dibenarkan memasuki lokasi tragedi yang masih belum diperiksa.

Menurut jurucakap Jabatan Kehakiman Belanda, Jean Fransman, misi yang bermula sejak semalam itu membolehkan pasukan penyiasat mencari dan mengumpulkan baki cebisan mayat serta barangan peribadi milik mangsa.

Jelasnya, operasi terbaharu itu dilaksanakan di dua kawasan dekat Petropavlivka, kira-kira 10 kilometer di barat Grabove, yang merupakan lokasi kebanyakan serpihan pesawat M17 jatuh.

Sebelum ini, pasukan penyiasat tidak dibenarkan memasuki lokasi berkenaan ekoran pertempuran sengit antara pemberontak pro-Rusia dan tentera Ukraine.

“Penduduk tempatan turut menyerahkan barangan peribadi mangsa iaitu barangan kemas kepada anggota penyiasat sebaik sahaja mereka tiba di lokasi kejadian,” kata Fransman, – AFP

– Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");