Sukan Hari Ini

Misi tambah koleksi

Kuantan: Selepas berjaya menduduki tempat kedua pada kejohanan Platinum Bodybuilding Figure 2015 di Kuwait Febuari lalu, tumpuan jaguh bina badan negara, Sazali Samad kini terarah kepada usaha mengekalkan emas pada Temasya Sukan Polis dan Bomba Sedunia di Amerika Syarikat pada Jun ini.

Katanya, selaku juara bertahan, dia menjangka kejohanan kali ini pasti lebih sengit dengan cabaran diketuai atlet tuan rumah serta beberapa negara Eropah yang sememangnya mempunyai kelebihan.

“Kecederaan bahu kiri yang saya alami sedikit sebanyak menjejaskan prestasi menjelang kejohanan berkenaan. Saya tidak dapat menumpukan latihan secara tersusun seperti dijadualkan.

“Saya kini terpaksa menjalani rawatan terapi dan pemulihan secara berterusan di Institut Sukan Negara (ISN) bagi memastikan kecederaan itu cepat sembuh,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui dalam program kempen gaya hidup sihat peringkat Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Pahang, baru-baru ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");