Isu Panas

Momentum sederhana di PRK Rompin

MUADZAM SHAH – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menyifatkan keseluruhan perjalanan jentera BN pada PRK Parlimen Rompin berjalan sederhana di awal tempoh berkempen ini.

Menurutnya, momentum yang diberikan masih berada dalam keadaan ‘low key’, namun ia bukan bermakna BN tiada sebarang strategi.

“PRK kali ini agak mengejut dan untuk menyiapkan segala keperluan bukan mudah, namun ia tetap berjalan dengan lancar.

“Jangan ingat kita berada dalam keadaan ‘low key’ kita tidak melakukan sebarang kempen. Sekarang kita masih berada dalam peringkat awal dan tempoh berkempen masih berbaki 10 hari lagi, jadi kita masih ada banyak masa,” katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang dan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) di SMK Tun Abdul Razak, Felda Keratong 4, di sini, semalam.

Turut hadir, Adun Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin; Adun Chini, Datuk Abu Bakar Harun dan Pengarah Besar Yayasan Pahang, Mahmud Nawawi.

Adnan yang juga Pengerusi Umno Pahang berkata, gerak kerja kempen yang masih perlahan juga tidak bermakna BN terlalu yakin, namun lebih bersifat ‘low profile’.
Menurutnya, BN kini sedang giat mengatur momentum dalam kerja-kerja berkempen dalam tempoh terdekat ini.

“Bila momentum dah ada, sehari dua lagi kita akan nampak lebih beria dan jauh lebih banyak. Kita berkempen, berceramah secara besar-besaran memang tak ada kerana kita buat ceramah besar pun tak guna juga,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai isu pembangkang menyatakan BN menggunakan calon kitar semula, Adnan berkata, mana-mana pihak tidak perlu mempertikaikan soal pemilihan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

“Jangan selalu mengata orang, sebelum ini mereka kata kita (BN) letak calon kitar semula untuk PRK Parlimen Rompin tapi di Permatang Pauh pun sama, mereka letak calon kitar semula juga.

“Inilah masalahnya, mereka (pembangkang) suka mengata kita, kalau nak kira kitar semula (Datuk Seri) Wan Azizah Wan Ismail itu sendiri bukan kata sekali kitar semula dan ini sudah kali kedua.

“Tak kisahlah calon yang dicalonkan semula itu, sebenarnya asalkan calon itu boleh diterima orang,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");