Sukan Hari Ini

NS Matrix buru import berbisa

Seremban: Biarpun memiliki penyerang import berbisa Francis Forkey Doe, skuad Negeri Sembilan (NS) Matrix nyata masih memerlukan gandingan serangan mantap bagi mengharungi saingan Liga Perdana selepas tersingkir dalam kempen Piala FA musim ini.

Sehubungan itu, skuad Hoben Jang Hoben berhasrat mendapatkan sekurang-kurangnya seorang pemain import bagi menggantikan penyerang dari Korea Selatan Kim Jin Ryong yang kini dibelenggu kecederaan.

Rabu lalu, NS Matrix menguji dua pemain import, Rodrigo dari Brazil dan Lee Sung Hyun dari Korea Selatan dalam aksi persahabatan menentang Sime Darby FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Ketua jurulatih K Devan berkata, NS Matrix memerlukan sedikit perubahan terutama di barisan depan bagi memantapkan persembahan berikutan ketiadaan Jin Ryong.

“Kita memerlukan seorang penyerang import berwibawa bagi menggantikan Kim yang masih cedera. Rabu lalu kita menguji dua pemain import dari Brazil dan Korea Selatan, namun kedua-duanya masih belum mempamerkan persembahan terbaik kerana melalui tempoh penerbangan panjang dan baru beberapa jam sampai ke sini.

“Kita akan menguji beberapa pemain import dalam masa terdekat dan jika sesuai serta mendapat kelulusan pihak pengurusan, mungkin kita akan mengambil mereka untuk diserapkan dalam pasukan ketika jendela perpindahan pemain import dibuka, bulan depan,” katanya.

Pengendali berpengalaman berusia 53 tahun itu berkata, pihaknya menyedari cabaran liga bakal menjadi semakin sengit selepas ini berikutan kemungkinan beberapa pasukan dijangka membawa masuk pemain import baru.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");