Jenayah

Nyaris mati rempuh lori muatan barang terpakai

GEORGETOWN- Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah lori lapan tan di susur Gat Lebuh Cecil, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash berkata, mangsa yang memandu kereta dari arah Jambatan Pulau Pinang menghala ke bandar itu hilang kawalan lalu terbabas.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi apabila kereta yang dipandu mangsa melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu hilang kawalan lalu terbabas ketika tiba di susur Gat Lebuh Cecil.

“Kereta mangsa kemudiannya merempuh lori yang membawa muatan barangan terbuang yang ketika itu berada di lampu isyarat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mior berkata, susulan kejadian itu, mangsa yang berusia 30 tahun mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk patah kaki.

“Pemandu lori berusia 39 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes ini masih dalam siasatan,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");