Perak Hari Ini

PAFA Mohon Penyokong Perak Dan JDT Henti Sebar Spekulasi

IPOH: Setiausaha Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abdul Aziz Yeop Jamaluddin menyarankan supaya kedua -dua penyokong Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk menghentikan sebarang spekulasi yang timbul berhubung insiden yang berlaku baru -baru ini.

Ujarnya lagi, pihak PAFA juga telah menghantar surat kepada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia ( FAM ) mengenai insiden yang berlaku dan kerosakan harta benda di stadium Perak pada 24 April lalu.

“Biarlah pihak FAM membuat keputusan dan tidak perlu kita menyalahkan satu sama lain kerana ianya hanya mengeruhkan lagi keadaan,” katanya.

Tambahnya lagi,pada masa ini kedua -dua pihak perlu menunggu keputusan daripada Jawatankuasa tatatertib FAM setelah segala laporan dinilai oleh pihak tersebut.

“Kita tidak mahu penyokong Perak mahupun Johor mempunyai satu sikap salah menyalahkan satu sama lain dan membawa kepada perhubungan yang tidak manis,” katanya lagi.

PERAKTODAY2

Jelasnya lagi, laporan yang dihantar juga adalah berdasarkan kepada laporan daripada pengawai keselamatan dan pasukan yang menjadi saksi kejadian tersebut.

“ Ada beberapa perkara yang diketengahkan untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa tatatertib dan pihak PAFA terbuka menerima sebarang keputusan yang bakal diumumkan.

Tegasnya lagi, insiden berkenaan bukan melibatkan sebarang pergaduhan namun perkara yang ingin dikentengahkan ialah situasi yang berlaku di kawasan padang stadium setelah lebih 40 minit masa perlawanan tamat.

“Mungkin ada salah faham antara penyokong yang menimbulkan provokasi,” katanya.

Katanya lagi, tindakan membenarkan pemain bola sepak menaiki kenderaan FRU  adalah sebagai langkah keselamatan terhadap para pemain.

“Kes bas kena lontar dengan batu itu berlaku di luar kawasan stadium ketika perjalanan dan ianya diluar kawalan pihak PAFA.

“Surat yang dihantar juga menerangkan situasi yang berlaku dengan bukti gambar berserta video dan PAFA mempunyai  hak bagi membuat tuntutan berikutan kerosakan itu dilakukan oleh  penyokong JDT,” katanya lagi.

Beliau turut menafikan  dakwaan bahawa pasukan Perak sering menimbulkan kekecohan setiap kali perlawanan dengan mengaitkannya menerusi pergaduhan yang timbul baru-baru ini.

PERAKTODAY1

Sementara itu menurut Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak, Abdul Jamil Othman berkata pergaduhan yang berlaku adalah tidak benar.

“kemusnahan barangan di stadium itu terbukti tidak dilakukan oleh penyokong Perak,” katanya.

Beliau berharap agar semua pihak perlu menilai kesalahan penyokong sendiri terutama sekali insiden yang berlaku 24 April lalu.

Pada aksi Liga Super,Jumaat lalu,  berlaku insiden kekecohan membabitkan penyokong Perak dan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Perak sehingga mengakibatkan para pemain JDT terpaksa menaiki kenderaan FRU setelah habis perlawanan berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");