Berita Hari Ini

Pakistan Harap Diterima Jadi Rakan Dialoq Penuh Asean

KUALA LUMPUR: Pakistan berharap untuk dinaik taraf sebagai rakan dialog penuh ASEAN semasa Malaysia menjadi Pengerusi kumpulan serantau itu tahun ini, kata Menteri Persekutuan bagi Perancangan, Pembangunan dan Pembaharuan Prof Ahsan Iqbal.

Beliau berkata Pakistan mengiktiraf Malaysia sebagai ‘pintu masuk’ ke ASEAN dan yakin Malaysia boleh membantu negara Asia selatan menjalinkan hubungan lebih baik dengan persatuan dan negara anggotanya.

“Jika ia berlaku semasa Malaysia menjadi pengerusi, ia satu kejayaan yang besar,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini.

Pakistan telah diberikan status rakan dialog sektoral pada 23 Julai, 1993.

Ahsan berada di sini bagi lawatan rasmi baru-baru dan bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

Menteri itu berkata beliau percaya sebagai rakan dialog penuh ASEAN, Pakistan akan mempunyai kerjasama dan hubungan yang lebih baik dalam pelbagai sektor seperti perdagangan, budaya dan sosial serta program pertukaran pelajar dan media.

Sementara itu, mengenai hubungan dua hala, Ahsan berkata Pakistan mengharapkan lawatan peringkat tinggi dari Malaysia untuk meningkatkan lagi hubungan berkenaan.

Mengakui bahawa Malaysia dan Pakistan menikmati hubungan politik yang baik , Ahsan berkata lawatan itu boleh meningkatkan hubungan perdagangan.

“Ini adalah satu lagi tujuan lawatan saya. Untuk bertemu dengan pemimpin di Malaysia dan cuba untuk menjadikan kerjasama Malaysia-Pakistan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");