Perak Hari Ini

PAS Pusat Perlu Patuh Arahan – Fahrulrazi

IPOH: Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda Pas Perak menggesa seluruh jentera partinya agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh PAS Pusat untuk membantu menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Pengarahnya, Mohd Fahrulrazi Mohd Mokhtar berkata, ia berikutan pihaknya tidak mahu ada pihak yang tidak menjalankan tugas yang telah diamanahkan.

“Kami tidak mahu berlakunya tindakan yang tidak sepatutnya termasuklah boikot daripada mana-mana jentera daripada Negeri ini yang telah diamanahkan bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

“Pemuda PAS Perak berharap agar semua mennerima keputusan Mesyuarat PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bertugas di Permatang Pauh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan medianya di sini, hari ini.

Beliau mengingatkan kepada ahli parti bahawa PAS mempunyai satu kerusi di Parlimen Permatang Pauh iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

“Gerak kerja ini adalah salah satu usaha bagi mengekalkan kemenangan PAS di DUN tersebut,” kata beliau.

Tegasnya lagi, beliau tidak mahu mana-mana pihak membuat keputusan yang melebihi keputusan yang telah diputuskan oleh PAS pusat.

“PRK Permatang Pauh adalah medan yang sangat penting untuk rakyat menzahirkan bantahan serta kemarahan mereka terhadap perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Undian kepada Pakatan Rakyat (PR) juga adalah sebagai tanda solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipenjara atas tuduhan yang tidak masuk akal,” tegasnya.

PRK Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan penyandangnya sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijatuhkan hukuman penjara lima tahun kerana disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan hari pengundian pada 7 Mei depan, manakala pengundian awal pada 3 Mei.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");