Isu Panas

Pas sokong pindaan Perlembagaan perkasa SPRM

KUALA LUMPUR – Seramai 21 Ahli Parlimen Pas bakal menyatakan sokongan terhadap pindaan pindaan Perlembagaan berkaitan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan (SPRM) meliputi soal pelantikan ketua pesuruhjayanya secara berpelembagaan.

Perkara itu dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awan?g dalam ‘Dinner Talk? Pengurusan Tertinggi SPRM Bersama Pemimpin-Pemimpin Pas’ di bangunan sementara Parlimen, malam tadi.

“Saya akan pastikan semua pemimpin Pas memberi sokongan sepenuhnya untuk penggubalan undang-undang berkenaan dipinda di parlimen kelak,” katanya pada sesi dialog berkenaan.

Hadi di dalam ucapannya berkata, penguatkuasa SPRM kini perlu lebih digeruni oleh pemberi dan penerima rasuah serta perlu bebas dari campur tangan berkepentingan.

“Rasuah boleh bocorkan rahsia negara bahkan boleh rosakkan pentadbiran dan juga projek kerajaan? bahkan saya juga menyokong SPRM mengambil tindakan tegas sekiranya ada dikalangan ahli dan pemimpin Pas yang tidak jujur terlibat dalam rasuah,” katanya.

Kata Hadi lagi, mereka yang terlibat dalam rasuah tidak boleh dilindungi. Undang-undang yang dipinda kelak dapat memperkasakan SPRM dan hak kebebasan kepada badan penguatkuasaan itu untuk bertindak.

Sementara itu Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, peruntukkan penubuhan suruhanjaya itu membolehkan badan itu melantik dan memecat pegawainya secara bebas tanpa melalui proses yang dilalui penjawat awam iaitu menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Pindaan itu melibatkan dua perkara utama iaitu menambah peruntukan Suruhanjaya Perkhidmatan dan soal pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM,”katanya.

Menurutnya, SPRM memerlukan sokongan dua pertiga dari ahli Parlimen kerana pindaan ini akan membolehkan SPRM membanteras rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa.

“Sebagai contoh jika sebelum ini pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM melibatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong, namun pindaan yang baharu ini turut melibatkan keputusan dari Majlis Raja-Raja,” katanya.

Katanya lagi, syor itu telah dikemukakan sebelum ini untuk meminda Seksyen 23 dan Seksyen 36 Akta SPRM 2009 serta mewujudkan peruntukan liabiliti korporat.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");