Perak Hari Ini

“Pasukan The Bos Gaurus Perlu Lebih Fokus”, Presiden PAFA

IPOH: Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharudin menyarankan agar pemain dan jurulatih pasukan The Bos Gaurus mengambil pengajaran yang berfaedah daripada perlawanan baru-baru ini sebagai persediaan untuk menghadapi dua lagi perlawanan menentang Terengganu dan Johor.

Katanya lagi, untuk menghadapi perlawanan Liga Super 2015 di antara pasukan Terengganu Selasa depan, skuad bola sepak Perak perlu memberi fokus yang lebih baik.

“Tambahan pada 21 hari bulan ini pasukan akan menghadapi perlawanan kedua di gelanggang sendiri.

“Gelanggang sendiri bukanlah faktor yang boleh memberi kelebihan tetapi sebenarnya kehadiran peminat atau penyokong itu satu yang sangat diperlukan pemain,” katanya.

PERAKTODAY2

Jelasnya lagi, Pasukan Perak juga memerlukan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada semua bagi menghadapi perlawanan pada Selasa depan.

Perak juga bakal bertemu Pasukan JDT pada 24 April ini yang turut disifatkannya juga cukup penting bagi menentukan masa depan pasukan bola sepak negeri ini.

“Ia akan menggerakkan momentum yang positif jika kita berjaya mengharungi dua perlawanan tersebut,” katanya.

PERAKTODAY3-1

Beliau berkata demikian sejurus selepas menghadiri sembang santai “Hello YB” Ape Ceghite The Bos Gaurus? anjuran Barisan Nasional Youth Volunteers di Ipoh hari ini.

Penganjuran program sembang santai ini jelasnya membantu mendekatkan generasi muda dengan pemimpin-pemimpin.

“Hello YB” telah memasuki siri kedua penganjurannya dengan pemilihan  tajuk ape ceghite The Bos Gaurus? disertai oleh para panel seperti Presiden PAFA, Datuk Zainol Paharudin, Presiden PAFA Fan club Shamsul Baharin Putra, Moderator Ahli Parlimen Belia, Al yashir Datuk Yahya dan Kapten Perak FA, Muhammad Nasir.

PERAKTODAY-1

Tambah Zainol lagi, penyokong dan peminat bola sepak turut terdiri daripada anak muda yang berkeinginan melihat pasukan The bos Gaurus melangkah lebih jauh dalam pertandingan yang dianjurkan pihak FAM Kelak.

“Selaku Presiden saya juga mempunyai harapan yang masa dengan peminat dan penyokong iaitu ingin melihat pasukan ini berjaya dalam pertandingan disertai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");