Jenayah

Pejalan kaki diseret lori rakan

Banting: Seorang wanita maut manakala rakan sekerjanya cedera parah selepas bergesel sebelum diseret sebuah lori yang dipandu pekerja syarikat sama dalam kejadian di Jalan Waja 16, Telok Panglima Garang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, mangsa yang dikenali sebagai K Banu, 29, dikatakan berjalan kaki bersama rakan wanita berusia 32 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya yang hanya kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Menurut sumber, pemandu lori yang berusia 40 tahun itu juga dikatakan dari arah sama menuju ke kilang berkenaan.

“Pemandu lori itu juga adalah pekerja syarikat berkenaan dan dalam perjalanan ke kilang. Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu itu dikatakan tidak nampak kelibat dua wanita berkenaan yang sedang berjalan kaki.

“Mangsa berjalan di bahu sebelah kiri jalan manakala rakannya dikenali sebagai Nik Roslizawati Nik Par berada di hadapan mangsa. Pemandu lori mendakwa keadaan ketika itu gelap menyebabkan dia tidak dapat melihat kedua-dua mangsa,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa digesel sebelum diseret lori itu menyebabkan Banu maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala, perut dan tulang belakang.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan kini berada di zon merah dan difahamkan sedang menjalani pembedahan kepala.

“Kami sudah mengambil keterangan daripada pemandu lori berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut. Keluarga mangsa yang maut sudah dihubungi untuk tujuan pengebumian mangsa,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");